menuj Abu Hanifah Menghormati Guru, Meskipun Yahudi - Pena Teungku //
Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Abu Hanifah Menghormati Guru, Meskipun Yahudi


Seperti biasa pada petang itu orang ramai memenuhi Masjid Kufah untuk mengikuti pengajian imu hadits yang disampaikan oleh Imam Abu Hanifah. Pada saat beliau mengajar tiba-tiba muncul seorang lelaki dari keturunan Yahudi. Imam Hanafi segera bangun sebagai tanda hormat kepada lelaki itu, "Selamat datang wahai guruku, adakah yang dapat saya bantu?" tanya Imam Abu Hanifah sambil menunjukkan rasa hormat.

"Sebentar tadi saya singgah di kedai kamu untuk membeli sehelai baju. Saya tidak cukup duit untuk membelinya karena harganya diluar kemampuan saya. Pekerja kamu tidak setuju apabila saya minta diturunkan harganya. Karena itu saya datang dan mengadu kepada kamu," jawab lelaki itu. "Selepas habis mengajar nanti saya akan berada di kedai itu. Tuan tunggu saya di sana dan tuan akan mendapat baju itu," kata Imam Abu Hanifah. Lelaki itu kelihatan gembira lalu beredar dari situ. "Tuan guru, bukankah lelaki itu berbangsa Yahudi?" Mengapa tuan begitu hormat kepadanya hingga berdiri menyambut kedatangannya?" Tanya salah seorang muridnya. "Dia guru saya karena itu saya menghormatinya," jawab Imam Hanafi. "Apakah tuan pernah berguru dengan lelaki Yahudi itu?" Tanya seorang lagi dengan rasa keheranan..

Menurut Imam Hanafi suatu hari dia hendak mengetahui bilakah masa seekor anjing itu cukup umurnya? Kebetulan lelaki Yahudi itu banyak memelihara anjing. Lalu beliau mempertanyakan perkara tersebut. "Lelaki itu memberitahu saya seekor anjing itu cukup umurnya apabila ia sudah kencing berdiri. Siapa saja yang mengajar saya walau satu ilmu, dia adalah guru saya satu ilmu mengenai anjing karena itu saya menganggap dia  juga salah seorang guru saya," kata Imam Abu Hanifah.

Selesai mengajar, Iman Abu Hanifah pergi ke kedainya. Dilihatnya lelaki Yahudi itu masih berada di situ menungggu kedatangannya. Dengan wajah gembira, dia menunjukkan baju yang hendak di belinya. "Saya berkenan dengan baju ini dan mau memakainya," kata lelaki Yahudi itu lagi. Imam Abu Hanifah mengambil baju itu lalu menyerahkannya kepada lelaki Yahudi itu sambil berkata, "Saya hadiahkan baju ini kepada tuan yang pernah mengajar saya satu ilmu." "Saya sendiri sudah lupa apakah ilmu yang pernah saya ajarkan kepada kamu?" Tanya lelaki Yahudi itu pula. "Mengenai bilakah cukup umur bagi seekor anjing. Tuan mengatakan apabila anak anjing itu pandai kencing berdiri. Bagi saya itu adakah salah satu ilmu dan tuan adalah guru saya walau mengajar satu ilmu," jawab Imam Abu Hanifah."Sekiranya begitu, giliran saya pula berguru dengan kamu. Mulai besok bolehkah saya mengerti orang ramai untuk mendengar ajaran kamu?" Tanya lelaki Yahudi itu pula. "Boleh...," Jawab Imam Abu Hanifah. "Cuma saya bimbang dimarahi orang ramai karena belum Islam," kata lelaki Yahudi itu. "Saya akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai kehadiran mu. Tidak usah bimbang karena tidak ada siapapun yang akan mengganggu," kata Imam Abu Hanifah pula.

Lelaki Yahudi itu gembira dan berjanji akan datang mendengar majlis ilmu yang disampaikan Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah juga gembira sambil berdoa kepada Allah semoga lelaki Yahudi itu mendapat hidayah. Begitu juga dengan Imam Malik yang tidak menganggap Khalifah Harun Al-Rasyid sebagai seorang Khalifah apabila Khalifah datang untuk belajar ilmu hadits (kitab Al-Muwatta') daripadanya. Beliau hanya menganggap Khalifah sebagai anak-anak muridnya seperti yang lain. Beliau hanya menyuruh Khalifah Harun duduk di bawah dan beliau duduk di atas sebagai guru. Sikap menghormati guru ini sama diamalkan juga oleh Imam Syafi'i dan Imam Ahmad bin Hambal.

Post a Comment for "Abu Hanifah Menghormati Guru, Meskipun Yahudi"